CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 4 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Penyaluran Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima adalah secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa dan kini adalah penyaluran fasa terakhir iaitu keempat (4) pada tahun ini telah bermula sejak awa bulan ini dengan kadar antara RM50 sehingga RM150.
Bagaimanakah check bantuan mykasih dalam mykad rm150 fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 : CHECK SEKARANG
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 4 2024
Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima bagi fasa empat (4) :
- 01/10/2024 sehingga 31/10/2024;
- 01/11/2024 sehingga 30/11/2024;
- 01/12/2024 sehingga 31/12/2024.
KADAR PENYALURAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA 4 2024
Bantuan MyKasih akan disalurkan ke dalam MyKad penerima mengikut kadar berikut :
- Ketua Isi Rumah : RM100;
- Ahli Isi Rumah : RM50.
KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 2024
Antara kegunaan Bantuan MyKasih dalam MyKad adalah :
- Digunakan untuk pembelian :
- Barang dapur;
- Peralatan persekolahan;
- Kelengkapan asas kebersihan;
- Ubat-ubatan.
TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD FASA 4 2024
Walaupun Bantuan MyKasih telah disalurkan ke dalam MyKad penerima sejak 01 Oktober 2024 dan 01 November 2024 bakal dikreditkan juga pada 01 Disember 2024, namun penerima masih boleh menggunakannya sehingga 31 Disember 2024 kerana baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya.
CHECK BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 FASA 4 2024
Ikuti cara check Bantuan MyKasih Dalam MyKad bagi fasa empat (4) seperti di bawah :
- Sila layari laman rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, layarkan skrin ke bawah.
- Klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Isikan ruangan [Nombor MyKad*] tanpa tanda sengkang (-) contoh : 870230113456.
- Kemudian, klik butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.