CHECK BANTUAN RM150 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK BANTUAN RM150 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

Semakin ramai rakyat Malaysia yang dapat menikmati manfaat penggunaan bantuan dalam MyKad (Kad Pengenalan). Namun, kerajaan menghadkan penerima bantuan ini hanyalah kepada rakyat dewasa yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah check bantuan rm150 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM900 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan MyKad adalah merupakan sebuah program di bawah Sumbangan Asas Rahmah yang diperuntukan oleh kerajaan Madani khas untuk disalurkan secara tunai dan tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk pembelian barang asas.

BILAKAH BANTUAN RM150 MYKAD 2024 DISALURKAN

Kerajaan akan menyalurkan bantuan ke dalam MyKad penerima secara ansur tanpa tunai sepanjang tahun bermula 22 dan 29 Januari dan disalurkan setiap 1 hari bulan pada Februari hingga ke bulan Disember bagi tahun 2024 ini.

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN MYKAD 2024 DISALURKAN

Jumlah bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah tertakluk kepada kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Bujang :
    • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM50.
    • Bujang Umur 60 tahun ke atas : RM100.
  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan : RM100.
    • Isi Rumah Tunggal : RM100.

CHECK BANTUAN RM150 MYKAD 2024

Ikuti cara check status penerima yang layak menerima Bantuan MyKad pada tahun ini di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari pautan ‘Check Status’ rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Bahagian ‘Check Status akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad* tanpa tanda sengkang (-).
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment