CHECK BANTUAN SARA RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG
Secara ringkasnya Bantuan SARA ialah Sumbangan Asas Rahmah yang pada awalnya hanya disalurkan kepada 210,000 golongan miskin dan miskin tegar yang berjumlah RM600. Namun bagi tahun 2024, bantuan SARA telah diperluaskan pemberian kepada 700,000 penerima serta dinaikkan kadar bantuan kepada RM1,200.
Bagaimanakah check bantuan sara rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 BULANAN MYKAD : CHECK SEKARANG
TUJUAN BANTUAN SARA
Bantuan SARA diberikan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang pendapatan rendah dan kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan dapur setiap bulan serta untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi kini.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk penerima bantuan SARA yang bernilai RM1,200 seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA RM1200
Bantuan SARA yang bernilai RM1,200 akan dibayar secara ansur selama tempoh 12 bulan iaitu akan dibayar sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dapur (berdasarkan 10 kategori yang ditetapkan) dan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja di kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM1200 2024
Pembayaran Bantuan SARA akan dibayar secara ansur selama tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan bermula bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir pada bulan Disember 2024.
CHECK BANTUAN SARA RM1200 2024
Ikuti cara check bantuan SARA di Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah; atau klik pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (berkaitan Sumbangan Asas Rahmah SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.