SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 BULANAN MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 BULANAN MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Untuk pengetahuan umum, bantuan yang disalurkan bulanan sebanyak RM300 ini dikreditkan ke dalam aplikasi e-wallet dan bukan ke dalam mykad penerima. Bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangori iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Bagaimanakah semakan penerima bantuan rm300 bulanan mykad? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH RM300 : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN RM300 BULANAN MYKAD 2024

Bantuan RM300 ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau secara ringkasnya ialah BINGKAS. Bantuan ini disalurkan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN RM300 BULANAN

Setiap bulan bantuan sebanyak RM300 akan disalurkan seperti berikut :

KAEDAH PENGKREDITAN
Akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet akaun SELANGKAH

PENGGUNAAN BANTUAN RM300 BULANAN

Bantuan yang dikreditkan setiap bulan sebanyak RM300 ke dalam aplikasi e-Wallet boleh digunakan untuk pembelian keperluan asas seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS. (Rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan. (Rujuk senarai barang di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY pilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 BULANAN MYKAD 2024

Sekiranya pemohon telah membuat pendaftaran bantuan ini, pemohon boleh membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS; atau klik pada pautan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Kemudian, klik pada [SYARAT PENDAFTARAN].
  3. Sila baca dengan teliti syarat kelayakan yang ditetapkan.
  4. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, anda boleh membuat pendaftaran.
  5. Klik pada [DAFTAR PERMOHONAN].
  6. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  7. Seterusnya, [Hantar] permohonan anda.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bingkasselangor.com/.

2 thoughts on “SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 BULANAN MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment