CHECK BANTUAN TUNAI MYKAD MADANI RM450 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Bantuan Tunai MyKad Madani adalah sebuah inisiatif daripada kerajaan Madani diperkenalkan sebagai sumbangan tambahan melalui bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara ansur berperingkat sepanjang tahun.
Bagaimanakah check bantuan tunai mykad madani rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI BELI BARANG DAPUR RM450 SETIAP BULAN TERBARU : SEMAK PENERIMA SEKARANG
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKAD MADANI 2024
Kategori penerima Bantuan Tunai MyKad Madani bagi tahun 2024 adalah melibatkan golongan bujang, warga emas dan juga isi rumah merangkumi kumpulan miskin tegar, miskin serdehana dan juga bukan miskin.
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | BUKAN MISKIN |
---|---|---|
Isi Rumah; Warga Emas; dan Bujang | Isi Rumah; Warga Emas; dan Bujang | Isi Rumah; Warga Emas; dan Bujang |
0.2 juta penerima | 0.5 juta penerima | 7.8 juta penerima |
AMAUN BANTUAN TUNAI MYKAD MADANI 2024 SETIAP KATEGORI
Setiap kategori akan menerima baki amaun Bantuan Tunai dalam MyKad yang berbeza bergantung kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu bermula dengan RM50 dan RM100.
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN TUNAI MYKAD |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 + RM100 |
WARGA EMAS | RM100 + RM100 |
BUJANG | RM50 + RM50 |
TARIKH SAH PENGGUNAAN BANTUAN TUNAI MYKAD MADANI 2024
Penerima yang telah menerima Bantuan Tunai dalam MyKad boleh menggunakan bantuan ini setiap bulan kerana baki pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya, namun baki tersebut perlu digunakan sebelum pada tarikh 31 Disember 2024 (Selasa).
CHECK BANTUAN TUNAI MYKAD MADANI RM450 2024
Ikuti cara check status Bantuan Tunai MyKad Madani pada pautan di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Laman Check Status Rasmi | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan Laman Check Status Rasmi di atas.
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 ATAU https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.