CHECK JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Jumlah bantuan tunai STR fasa ketiga (3) akan diberikan mengikut kelayakan setiap penerima bermula dengan RM50 sehingga RM650 bagi penerima sedia ada. Namun bagi penerima baharu dan rayuan akan menerima jumlah yang berbeza.
Bagaimanakah check jumlah bantuan tunai str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 BERMULA HARI INI : CHECK STATUS SEKARANG
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Berikut merupakan jumlah bantuan tunai STR fasa ketiga (3) khusus untuk penerima sedia ada :
- Kategori Isi Rumah Sedia Ada :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
- Kategori Bujang Sedia Ada :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 |
---|---|
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM50 |
Bujang (Warga Emas) | RM150 |
CHECK JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Ikuti cara check kelayakan jumlah bantuan tunai STR fasa tiga (3) di portal rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MySTR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari Porta Rasmi MySTR LHDNM pada pautan di atas.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad].
- Kemudian, tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Jumlah bayaran fasa tiga (3) akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH IMPLIKASI KEWANGAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Berikut merupakan jumlah implikasi kewangan untuk semua penerima bagi fasa ketiga (3) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH IMPLIKASI KEWANGAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | 1.1 juta |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0.2 juta |
Bujang Warga Emas | 0.2 juta |
Bujang Belia | 0.2 juta |
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024
Bantuan tunai STR fasa tiga (3) akan dikreditkan kepada penerima mengikut jadual seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Bermula : 29 Ogos 2024 (Khamis) sehingga : 6 September 2024 (Jumaat) |
Penerima Baharu & Penerima Rayuan | Bermula : 18 September 2024 (Rabu) sehingga : 20 September 2024 (Jumaat) |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.