CHECK JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 : SEMAK SEKARANG

Fasa keempat (4) adalah fasa terakhir bayaran Bantuan Tunai STR pada tahun ini (2024) yang bakal memanfaatkan lebih 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdehana merangkumi golongan bujang dan juga isi rumah.

Bagaimanakah check jumlah bantuan tunai str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM100 SEBULAN : MOHON SEKARANG

CHECK JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024

Untuk mengetahui jumlah Bantuan Tunai STR Fasa empat (4) yang akan diterima, check pada pautan Portal Rasmi STR seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR LHDNM di atas.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Jumlah bayaran penerima fasa 4 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

TARIKH BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024

Dalam Persidangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat baru-baru, Perdana Menteri mengambil kesempatan untuk memberitahu bahawa bayaran Bantuan Tunai STR Fasa keempat (4) akan bermula pada 7 November 2024 (Khamis) ini secara berperingkat.

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024

Penerima sedia ada akan menerima jumlah Bantuan Tunai STR Fasa empat (4) mengikut kategori seperti berikut :

  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
STR FASA 4
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM100
Bujang Umur
60 tahun ke atas
(Warga Emas)
RM150
  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN
STR FASA 4
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM200 sehingga RM650
(bergantung bil. anak)
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM5,000
RM150 sehingga RM300
(bergantung bil. anak)
*Setiap penerima perlu membuat semakan jumlah bayaran di Portal Rasmi STR.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment