CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM100 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM100 2024 : SEMAK SEKARANG

Identity Card (IC) atau Kad Pengenalan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Oleh itu, Kerajaan mengambil inisiatif untuk turut menyalurkan bantuan RM100 setiap bulan menerusi IC secara transaksi tanpa tunai dan boleh digunakan untuk transaksi pembelian di mana-mana kedai seluruh Malaysia.

Bagaimanakah check nama penerima bantuan dalam ic rm100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM300 MYKAD : SEMAK SEKARANG

TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN DALAM IC RM100 2024

Kerajaan telah menetapkan tempoh penerimaan bantuan dalam IC iaitu selama 12 bulan (sepanjang tahun 2024) bermula pada seawal bulan Januari 2024 setiap bulan sehingga bulan Disember 2024 dan tempoh sah digunakan adalah sehingga 31 Disember 2024 sahaja.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM IC RM100 2024

Bagi penerima yang disahkan layak dan mempunyai bantuan dalam IC, ikuti cara menggunakannya seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi pasaraya yang terpilih;
  2. Kemudian, pilih barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang telah ditetapkan (seperti : beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan).
  3. Seterusnya, di kaunter bayaran, sila ‘tunjukkan IC’ kepada juruwang untuk membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang dipilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Masukan 6-digit PIN nombor IC anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Resit akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki dalam IC.

SENARAI PREMIS YANG MENGAMBIL BAHAGIAN BANTUAN DALAM IC RM100 2024

Terdapat lebih 600 premis yang mengambil bahagian bantuan dalam IC, antaranya adalah :

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • The Store;
  • Pacific;
  • Milimewa;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco);
  • Lulu Supermarket;
  • Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM100 2024

Ikuti cara check nama penerima yang layak menerima bantuan dalam IC bernilai RM100 bagi tahun 2024 :

  1. Sila layari laman rasmi bantuan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, klik pada butang [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor IC pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status nama penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment