CHECK PENERIMA MYKASIH 2024 TERKINI : SEMAK SEKARANG
Kini penyaluran bantuan Mykasih tidak hanya terhad kepada golongan rentan sahaja, malah ia telah diperluaskan kerana gelumang ekonomi memberi kesan kepada semua golongan. Justeru, Kerajaan telah menambahbaik pemberian bantuan Mykasih.
Bagaimanakah cara check penerima bantuan mykasih terkini? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG
SENARAI PENAMBAHBAIKAN MYKASIH 2024 TERKINI
Berikut merupakan senarai penambahbaikan bantuan Mykasih bagi tahun 2024 :
- Memperluas penerima yang layak merangkumi golongan miskin tegar, miskin serdehana dan bukan miskin berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
- Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
- Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
KADAR PERUNTUKAN MYKASIH 2024 TERKINI
Peruntukan bagi bantuan tunai yang disalurkan menerusi Mykasih telah dipertingkatkan sehingga lima kali ganda berbanding tahun sebelum ini dengan hanya RM130 juta sahaja dan bagi tahun ini meningkat sehingga RM700 juta kerana memperluaskan bilangan penerima.
TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH 2024 TERKINI
Pelaksanaan terkini Mykasih akan bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 12 Ogos 2024 (Isnin).
CHECK PENERIMA MYKASIH 2024 TERKINI
Dijangka seramai 8.7 juta penerima Mykasih bagi tahun 2024 yang layak. Ikuti cara semakan di laman rasmi Mykasih berikut :
- Sila layari laman rasmi Mykasih Foundation.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih Foundation.
- Seterusnya, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terkini akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan Mykasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.