CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : SEMAK SEKARANG
Pembayaran Bantuan Awal Ramadhan adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan golongan asnaf untuk menyambut bulan mulia bulan Ramadhan dengan kecukupan. Bantuan ini diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Bagaimanakah check status bayaran bantuan awal ramadhan 500? Ikuti panduan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI AWAL RAMADHAN : DAFTAR SEKARANG
KAEDAH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024
Pembayaran Bantuan Awal Ramadhan yang bernilai RM500 adalah seperti berikut :
KAEDAH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN |
---|
RM500 akan dibayar sekaligus secara one-off kepada penerima. |
TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024
Penerima akan menerima bayaran Bantuan Awal Ramadhan bernilai RM500 pada tarikh seperti berikut :
TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN |
---|
Dijangka bermula pada 1 Ramadhan 1445H dan secara berperingkat. |
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024
Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam;
- Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
- Golongan fakir miskin / muallaf / al-gharimin (orang yang berhutang) / ibnu sabil / fisabilillah dan ar-riqab / mereka yang ditimpa penyakit / peniaga kecil / pemandu teksi dan lain-lain lagi; serta
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifaya.
CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024
Ikuti cara check status bayaran Bantuan Awal Ramadhan di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila klik pautan laman web rasmi semakan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
- Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
- Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
- Klik pada butang [Sign in].
- Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
- Status semasa pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat pusat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
- Talian MAIWP: 03-2639 9000
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.