SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS EDOMPET 300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS EDOMPET 300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Sebanyak RM300 dikreditkan melalui aplikasi e-Dompet penerima setiap bulan bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat. Dijangka bantuan ini akan memanfaatkan seramai 30,000 rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bagaimanaimanakah semakan nama penerima bantuan khas edompet 300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN KHAS EDOMPET

Bantuan khas e-Dompet ialah bantuan tunai yang disalurkan menerusi aplikasi e-Dompet yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor khas untuk membantu menampung kos perbelanjaan bulanan barang keperluan asas sebanyak RM300 sahaja.

APAKAH MANFAAT PENERIMA BANTUAN KHAS EDOMPET 300 2024

Berikut merupakan manfaat yang bakal diperoleh penerima daripada Bantuan Khas e-Dompet ini :

BIL.MANFAAT BANTUAN KHAS EDOMPET
1.Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Dompet
boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan
di kedai serta pasaraya berdaftar.
2.Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
tanpa perlu mengeluarkan tunai.
3.RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
4.Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan
hadapan.
5.Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300
setiap bulan secara automatik.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS EDOMPET 300 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan Khas e-Dompet sebanyak RM300 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS EDOMPET 300 2024

Pemohon yang telah mendaftar boleh membuat semakan melalui portal rasmi seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila klik pada pautan portal rasmi semakan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment