CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024 : SEMAK SEKARANG
Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Namun, ada segelintir umat Islam di Malaysia yang kurang berkemampuan untuk membuat sebarang persiapan menyambut perayaan Aidilfitri. Sejajar dengan itu, Bantuan Khas Aidilfitri diperkenalkan bagi membantu meringankan beban dan menampung kos perbelanjaan.
Bagaimanakah check status kelayakan penerima bantuan khas aidilfitri? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MADANI : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH BAYARAN KEPADA PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024
Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri telah diumumkan mengikut tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri | Bermula 12 Mac 2024 bersamaa 1 Ramadhan 1445H (secara berperingkat) |
JUMLAH BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024
Bantuan Khas Aidilfitri akan disalurkan kepada penerima mengikut jumlah seperti berikut :
PERKARA | JUMLAH |
---|---|
Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri | RM300 sehingga RM1,000 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024
Berikut merupakan kaedah pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri bagi tahun 2024 kepada penerima yang layak :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan |
Tiada akaun bank | Diberikan secara baucar tunai dan serahan tunai. |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024
Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri adalah terhad kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam;
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; serta
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah).
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024
Sekiranya anda telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah dinyatakan, anda boleh membuat semakan status kelayakan pada laman rasmi bantuan di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Check Status Kelayakan Bantuan Khas Aidilfitri | https://ezo.zakatselangor.com.my/ |
- Sila klik pada pautan rasmi semakan status kelayakan penerima di atas.
- Kemudian, anda akan dibawa ke halaman Semakan Status.
- Masukkan ID pemohon yang telah didaftarkan pada ruangan yang disediakan.
- Serta masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
- Klik pada butang [Sign In] di bawah.
- Pada halaman utama, sila klik pada [Semak Status Permohonan Zakat].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZM). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian : 1-300-88-4343 (Waktu operasi 8.30am- 5.00pm)
- E-mel : [email protected]
- Laman maklumbalas : https://www.zakatselangor.com.my/ibu-pejabat/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lzs-peruntuk-rm319-juta-bantuan-ramadan-dan-syawal-461706.