CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

Tanpa tunai adalah merupakan bantuan yang akan disalurkan ke dalam Mykad penerima sepanjang tahun ini dengan jumlah sebanyak RM1,200. Dengan adanya bantuan ini dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah check status penerima bantuan 1200 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN ETUNAI B40 RM300 : CHECK STATUS SEKARANG

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Adalah tertakluk kepada yang menetapi kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah;
  • Berkeluarga atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Beralamat dan menetap di mana-mana negeri Semenanjung Malaysia; dan
  • Status penerima adalah Miskin / Miskin Tegar.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Penerima akan menerima bantuan bernilai RM1,200 secara ansur ke dalam Mykad setiap bulan selama tempoh 12 bulan bermula pada 22 Januari 2024 dan bulan seterusnya bermula pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran terakhir pada 1 Disember 2024.

KADAR PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Jika tahun sebelum ini hanya terhad kepada 210,000 penerima daripada golongan miskin tegar sahaja. Namun bagi tahun 2024 ini, Kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada 700,000 penerima yang terdiri daripada 210,000 golongan miskin tegar dan 500,000 adalah golongan miskin sederhana (berpendapatan rendah).

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Ikuti cara check status penerima yang layak menerima bantuan RM1,200 dalam Mykad di pautan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Check Status’.
  3. Kemudian, sila masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment