CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG
Oleh kerana harga barangan keperluan asas dapur semakin meningkat naik, Kerajaan menawarkan bantuan untuk pembelian barang dapur sebanyak RM1,200 yang disalurkan melalui Mykad penerima yang layak. Pembayaran barang dapur di kedai hanya menggunakan Mykad sahaja.
Bagaimanakah check status penerima bantuan barang dapur dalam mykad rm1200? Ikuti info selanjutnya di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM1200 DALAM IC : CHECK SEKARANG
JUMLAH PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200
Bagi tahun 2024, jumlah penerima telah dinaikkan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar untuk bantuan RM1,200 pembelian barang dapur dalam Mykad. Namun, untuk kategori bukan miskin atau miskin tegar juga layak menerima terutama isi rumah seramai 1.3juta penerima dan untuk warga emas serta bujang pula 4.3juta penerima.
TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200
Bantuan sebanyak RM1,200 akan disalurkan secara ansur sepanjang tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam Mykad penerima yang layak bermula :
TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN RM1200 |
---|
Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024. |
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR
Terdapat 10 kategori barang dapur asas yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan dalam Mykad setiap bulan seperti berikut :
BIL. | SENARAI BARANG DAPUR |
---|---|
1. | Beras |
2. | Roti |
3. | Telur |
4. | Minyak masak |
5. | Tepung |
6. | Biskut |
7. | Mee segera |
8. | Minuman |
9. | Makanan dalam tin |
10. | Bahan perasa |
SENARAI KEDAI YANG MENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD
MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: pautan senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR DALAM MYKAD RM1200 2024
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat : MyKasih Foundation, Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Rujuk website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/
terima kasih kerajaan malaysia
Kenapa bantuan dalam MyKad tak dapat pada tahun ini, sedangkan tahun 2023 dapat
Kenapa penerima pada tahun 2023 tidak dapat pada tahun ini?
Sedangkan penerima tuhun lepas juga masih dalam. States miskin tegar juga,
Bagai mana untuk membuan pemohonan@pendaftaran mysara2024??
Kenapa saya tak dapat tahun ni sedang saya dari ekasih miskin tegar
tunggu kputusan lulus str 2024 dulu baru dpt tau
Sy nk mohon bantuan barangan dapur…utk 2024 tp cara nya mcm mn ..
automatik masa dpt kulusan str2024 nnti
tunggu keputusan kelulusan str 2024 awal bulan depan..baru tau layak atau tidak bantuan 100 tu nnti.