SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM1200 DALAM IC 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM1200 DALAM IC 2024 : CHECK SEKARANG

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Bantuan MySARA atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM1,200 akan diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin dan miskin tegar. Bantuan ini akan disalurkan ke dalam IC (Kad pengenalan) penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan status bantuan mysara rm1200 dalam ic? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN 300 B40 : CHECK SEKARANG

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2024

Seperti yang telah diumumkan bahawa bantuan MySARA telah diperluaskan pemberian kepada lebih 700,000 penerima yang layak berbanding sebelum ini hanya 210,000. Mengikut silang data daripada e-Kasih yang diambil daripada penerima STR.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYSARA RM1200 DALAM IC 2024

Bantuan sebanyak RM1,200 akan disalurkan secara ansur sepanjang tempoh 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam IC penerima yang layak bermula Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024.

SENARAI BANTUAN MYSARA

Terdapat 10 kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan MySARA setiap bulan seperti berikut :

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mee segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa

SENARAI KEDAI BANTUAN MYSARA

Terdapat lebih 600 kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih berdaftar dengan Bantuan MySARA seluruh Malaysia, sila rujuk di sini kedai berhampiran anda : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYSARA RM1200 DALAM IC

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda.
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki dalam IC anda.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM1200 DALAM IC 2024

Untuk semakan status Bantuan MySARA hendaklah disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah (SARA)). Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

5 thoughts on “SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM1200 DALAM IC 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment