CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MY KASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MY KASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

Kadar nilai bantuan dinaikkan sebanyak RM1,200 dan kadar penerima juga dinaikan kepada 700,00 penerima sejajar dengan penyasaran semula subsidi oleh Kerajaan dan daripada penjimat subsidi tersebut dapat diberikan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah serta miskin.

Bagaimanakah check status penerima bantuan my kasih sumbangan asas rahmah rm1200? Ikuti penerangan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD SARA RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MY KASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2024

Di bawah Program MyKasih yang diperkenalkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean dalam usaha untuk membantu golongan miskin yang memerlukan keperluan asas makanan dapat perhatian daripada Kerajaan. Justeru, Kerajaan menyalurkan bantuan ini melalui Mykasih.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan yang diberikan sehingga RM1,200 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

SENARAI BANTUAN MY KASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti di bawah :

  1. Beras;
  2. Roti;
  3. Telur;
  4. Minyak masak;
  5. Tepung;
  6. Biskut;
  7. Mi segera;
  8. Minuman;
  9. Makanan dalam tin;dan
  10. Bahan perasa.

SENARAI KEDAI BANTUAN MY KASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :

  • Mydin,
  • Giant,
  • Econsave,
  • The Store,
  • Pacific,
  • Milimewa,
  • 99 Speedmart,
  • Lotus Stores (Tesco),
  • serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Rujuk kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MY KASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200 2024

Penerima hanya boleh check status pada portal rasmi Mykasih seperti pautan di bawah :

PAUTAN CHECK STATUS MYKASIH
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan Check Status di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment