SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG

Pendapatan rendah di masa kini pastinya menjadi satu cabaran besar untuk menghadapi isu peningkat sara hidup. Oleh yang demikian, Kerajaan siap untuk membantu golongan B40 dengan memperuntukan pelbagai bantuan sepanjang tahun sebagai persiapan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan b40 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA DAFTAR AKAUN 3 FLEKSIBEL KWSP : MOHON ONLINE SEKARANG

SENARAI BANTUAN B40 TERBARU 2024

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan untuk B40 yang terbaru :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah :
    • Adalah disalurkan secara tunai secara berperingkat kepada rakyat yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  2. Sumbangan Asas Rahmah :
    • Sebagai bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah dan disalurkan secara tunai atau tanpa tunai mengikut kelayakan.
  3. Skim Perubatan MADANI :
    • Perubatan percuma di klinik swasta mengikut kelayakan.

NILAI BANTUAN B40 TERBARU 2024

Setiap nilai bantuan akan disalurkan berbeza mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah :
BIL.KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN
1.Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah.
Tiada Anak : RM1,000
1 – 2 Anak : RM1,500
3 – 4 Anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
2.Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000.
Tiada Anak : RM500
1 – 2 Anak : RM750
3 – 4 Anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
3.Warga Emas
(Tiada pasangan).
RM600
4.Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM350
  • Sumbangan Asas Rahmah :
STATUS KELAYAKANKATEGORI PENERIMA
&
NILAI BANTUAN
MISKIN TEGARISI RUMAH : RM1,200
WARGA EMAS : RM1,200
BUJANG : RM600
MISKIN SERDEHANAISI RUMAH : RM1,200
WARGA EMAS : RM1,200
BUJANG : RM600
ASAS BUKAN MISKINISI RUMAH : RM300
WARGA EMAS : RM150
BUJANG : RM150
  • Skim Perubatan MADANI :
KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN
ISI RUMAHRM250
WARGA EMAS (TIADA PASANGAN)RM125
BUJANGRM75

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN B40 TERBARU 2024

Pembayaran bantuan kepada golongan B40 adalah mengikut tarikh seperti berikut :

BIL.JENIS BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
1.SUMBANGAN TUNAI RAHMAHSecara berfasa pada :
1 : Februari 2024
2 : April 2024
3 : Ogos 2024
4 : November 2024
2.SUMBANGAN ASAS RAHMAHSemenanjung Malaysia :
(Setiap bulan) pada
Januari hingga Disember 2024.
Sabah & Sarawak :
Dua kali setahun pada
Februari dan Ogos 2024
3.SKIM PERUBATAN MADANIAkan diumumkan

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN B40 TERBARU 2024

Untuk semakan nama penerima yang layak, perlulah disemak melalui portal rasmi setiap bantuan seperti berikut :

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah :
  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah :
  1. Sila layari portal rasmi MySARA di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Portal Rasmi Skim Perubatan MADANI :
  1. Sila layari Portal Rasmi SPM di sini : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Tick pada [I’m not a robot].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment