CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 300 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Seperti yang ditularkan bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 ke dalam Mykad adalah tidak benar, tetapi bantuan ini disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan kepada ketua keluarga yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanakah check status penerima bantuan mykad 300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD FASA 1 : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD 300 SETIAP BULAN

Bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan adalah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet khas untuk pembelian barangan keperluan asas dan perihal keperluan pendidikan anak-anak yang bertujuan untuk membantu rakyat di Negeri Selangor khususnya ketua keluarga yang mempunyai tanggungan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 300 SETIAP BULAN 2024

Kelayakan penerima Bantuan RM300 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYKAD 300 SETIAP BULAN

Berikut merupakan manfaat yang dapat kepada penerima menerusi bantuan ini :

  • E-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya yang berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (scan e-Wallet);
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan; dan
  • E-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 300 SETIAP BULAN

Bantuan ini disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet, berikut merupakan cara pembelian menggunakan bantuan ini :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS (rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  3. Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY pilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 300 SETIAP BULAN 2024

Sekiranya anda telah berdaftar dengan Bantuan BINGKAS, anda boleh membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment