CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD FASA 1 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD FASA 1 2024 : SEMAK SEKARANG

Teras kepada kerangka Ekonomi MADANI adalah menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan dengan mewujudkan pelbagai bantuan tunai kepada rakyat termasuk bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima.

Bagaimanakah check status penerima bantuan 600 mykad fasa 1? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM IC 100 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG

KADAR PENERIMA BANTUAN MYKAD FASA 1

Dijangka kadar penerima Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad adalah seramai 700,000 penerima berbanding tahun lepas hanya 210,000 yang terhad kepada golongan miskin tegar sahaja. Namun, bantuan ini telah dibuka kepada lebih ramai penerima termasuk golongan miskin dan golongan bukan miskin dari kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN 600 MYKAD FASA 1

Kerajaan telah mula menyalurkan bantuan bagi fasa 1 ke dalam Mykad penerima yang layak seperti tarikh berikut :

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN FASA 1
22 Januari 2024 dan 29 Januari 2024 – 02 Februari 2024

JUMLAH BANTUAN MYKAD FASA 1 2024

Berikut merupakan jumlah bantuan yang disalurkan bagi fasa 1 2024 :

BANTUANJUMLAH
FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah
(Isi Rumah)
RM500
Sumbangan Asas RahmahRM100
JumlahRM600

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD FASA 1 2024

Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh digunakan untuk check status penerima bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad seperti berikut :

  • CARA CHECK STATUS DI PORTAL RASMI MYKASIH :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • CARA CHECK STATUS DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf (Page 43 & 44).

3 thoughts on “CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 600 MYKAD FASA 1 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment