CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025 : CHECK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025 : CHECK SEKARANG

Melihat kepada keberkesanan penerimaan Bantuan MyKad yang lalu yang telah diterima ramai, Kerajaan Madani telah bersetuju untuk meneruskan dan meluaskan lagi pemberian Bantuan MyKad supaya lebih ramai rakyat yang dapat menerima manfaat daripada bantuan ini.

Bagaimanakah check status penerima bantuan mykad madani rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Bantuan MyKad Madani adalah merupakan sebuah program di bawah Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan secara tanpa tunai bagi membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

Peruntukan Bantuan MyKad untuk tahun 2025 telah ditambah kepada lebih ramai penerima supaya manfaat daripada bantuan ini dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat yang memerlukan.

MANFAAT BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Antara manfaat yang bakal dirasai oleh penerima Bantuan MyKad Madani adalah :

  • Bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad secara automatik setiap bulan;
  • Baki yang tidak digunakan pada bulan sebelum ini akan dibawa ke bulan seterusnya;
  • Had bantuan dikreditkan sehingga RM1,200 setahun;
  • Pembelian barangan keperluan asas seperti : barang dapur, kelengkapan mandian, barangan persekolahan dan ubat-ubatan;
  • Penerima boleh membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan MyKad sahaja;
  • Bantuan MyKad selamat digunakan kerana mempunyai 6 digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh penerima.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025

Pengkreditan Bantuan MyKad Madani yang bernilai RM1,200 adalah secara ansur setiap bulan sepanjang tahun 2025 yang dijangka akan mula disalurkan pada bulan Januari sehingga Disember 2025 mengikut tarikh yang akan diumumkan secara rasmi nanti.

*Sekiranya tarikh pengkreditan Bantuan MyKad Madani telah diumumkan secara rasmi nanti, pihak kami akan kemaskini semula.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025, ikuti cara check / semakan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

1 thought on “CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment