CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG
Program bantuan Mykasih yang diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah bagi membantu menampung perbelanjaan keperluan asas setiap bulan, ia disalurkan selama tempoh 12 bulan sepanjang tahun ini.
Bagaimanakah check status penerima bantuan sara mykasih rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN BULANAN RM100 PENERIMA MYKASIH : SEMAK STATUS SEKARANG
KADAR PERUNTUKAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Bagi tahun 2024, Kerajaan telah menaikkan kadar penerima yang tidak hanya terhad kepada kategori miskin tegar sahaja. Malah telah dibuka untuk lebih ramai penerima seperti berikut :
KATEGORI | KADAR PENERIMA |
---|---|
Miskin Tegar : -Isi Rumah; -Warga Emas; -Bujang. | 200,000 |
Miskin Serdehana : -Isi Rumah; -Warga Emas; -Bujang. | 500,000 |
Asas Bukan Miskin : -Isi Rumah; -Warga Emas; -Bujang. | 8,000,000 |
AMAUN BANTUAN SARA MYKASIH SETIAP BULAN 2024
Setiap kategori penerima akan menerima amaun yang berbeza setiap bulan mengikut yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan |
WARGA EMAS | RM100 setiap bulan |
BUJANG | RM50 setiap bulan |
- Miskin Serdehana :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan |
WARGA EMAS | RM100 setiap bulan |
BUJANG | RM50 setiap bulan |
- Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM*** |
WARGA EMAS | RM*** |
BUJANG | RM*** |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Penerima bantuan Sara Mykasih yang bernilai RM100 adalah terhad kepada yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Bagaiamanapun, semakan status penerima yang layak boleh disemak melalui portal rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Mykasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada laman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.