CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100 SEBULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100 SEBULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Setiap bulan Kerajaan akan menyalurkan bantuan Sara kepada penerima yang layak sebanyak RM100 untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat. Kerajaan telah memperuntukan bantuan setiap bulan ini kepada lebih 700,000 rakyat Malaysia yang layak menerima.

Bagaimanakah check status penerima bantuan sara rm100 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN MY KASIH RM100 SEBULAN : DAFTAR SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN SARA RM100 SEBULAN 2024

Bantuan Sara ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA 2024

Penyaluran Bantuan Sara adalah bergantung mengikut negeri penerima seperti kaedah berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada
Semenanjung Malaysia
Akan disalurkan ke dalam MyKad
penerima secara automatik setiap
bulan sebanyak RM100 bagi kategori
Isi Rumah dan Warga Emas.
Penerima daripada
negeri Sabah, Sarawak
dan W.P. Labuan
Bayaran dua kali setahun RM300 / RM600
mengikut kategori melalui
pengkreditan ke akaun bank / secara tunai,
sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

KADAR BANTUAN SARA 2024

Bantuan Sara bagi tahun 2024 disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan kepada kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Miskin Tegar :
KATEGORIKADAR BANTUAN
Isi Rumah
i. Kahwin; atau
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak.
RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
BujangRM600
*Seramai 0.2j penerima.
  • Kategori Miskin :
KATEGORIKADAR BANTUAN
Isi Rumah
i. Kahwin; atau
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak.
RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
BujangRM600
*Seramai 0.5j penerima.
  • Kategori Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
KATEGORIKADAR BANTUAN
Isi Rumah
i. Kahwin; atau
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak.
RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150
*Seramai 5.6j penerima.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100 SEBULAN 2024

Ikuti cara check status penerima bantuan Sara di Portal Rasmi seperti berikut :

PAUTAN CHECK STATUS
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan check status di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman check status Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment