SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Bantuan Bakul Makanan adalah inisiatif yang baru diperkenalkan pada tahun 2023 oleh Kerajaan MADANI. Bantuan berbentuk bakul makanan ini adalah bertujuan untuk menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan bakul makanan rm100 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM100 SEBULAN : SEMAK SEKARANG

CARA PEMBERIAN BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SENARAI BANTUAN BAKUL MAKANAN

Berikut merupakan senarai barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan RM100 sebulan :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak Masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.

Nota : Penerima boleh rujuk 13 kategori produk (senarai di atas) mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di kedai-kedai yang terpilih.

KAEDAH PEMBELIAN BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN 2024

Berikut merupakan kaedah pembelian dengan menggunakan bantuan RM100 sebulan :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih
  2. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  4. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Nota : Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa sehigga tarikh luput pada 31 Disember 2024.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN 2024

Berikut adalah cara semakan status bantuan bakul makanan di Portal Rasmi MyKasih :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment