CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 RM500 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 RM500 2024 : SEMAK SEKARANG

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR). Bayaran fasa 1 untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja. Namun, untuk 2024, bayaran fasa 1 dinaikkan kepada RM500.

Bagaimanakah check status penerima bantuan tunai rahmah fasa 1 rm500? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH : CHECK SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 :

TARIKH BAYARAN FASA 1
29 Januari 2024 – 02 Februari 2024 (STR)
22 Januari 2024 (SARA)

JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Berikut merupakan jumlah penerima Bantuan Tunai Rahmah bagi fasa 1 2024 seperti di bawah :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
STR
Isi Rumah Pendapatan
bawah RM2,500
3.1 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
1.0 juta
Warga Emas Tiada Pasangan1.3 juta
Bujang Pendapatan
bawah RM2,500
3.3 juta
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
SARA
STR Miskin Tegar0.2 juta
STR Miskin0.5 juta
STR Isi Rumah Asas3.7 juta
STR Bujang4.3 juta

AMAUN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Berikut merupakan amaun Bantuan Tunai Rahmah fasa 1 :

KATEGORI
PENERIMA
AMAUN
STR
AMAUN
SARA
Isi Rumah
Di bawah data
e-Kasih
RM500RM100
Isi Rumah Asas-RM100
-RM150
-RM250
-RM300
Belum diumumkan
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM150RM100
BujangRM100RM50 (Bujang
di bawah data
e-Kasih)

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 RM500 2024

Ikuti cara check status penerima Bantuan Tunai Rahmah fasa 1 di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf (Page 43 & 44).

Leave a Comment