DAFTAR BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024 : MOHON SEKARANG

DAFTAR BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024 : MOHON SEKARANG

Kos sara hidup yang semakin tinggi menjadikan rakyat yang berpendapatan rendah terkesan. Justeru, Kerajaan memperkenalkan Bantuan Sara Hidup menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah daftar bantuan sara hidup rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH : CHECK STATUS SEKARANG

PERUNTUKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Kerajaan telah memperuntukan Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2024 bagi 8.7 juta penerima menjadikan ia sehingga lima (5) kali ganda berbanding tahun 2023 dengan jumlah penerima hanya seramai 0.2 juta sahaja.

KATEGORIJUMLAH
PENERIMA
Isi Rumah, Warga Emas
& Bujang yang berstatus
Miskin Tegar
0.2 juta
Isi Rumah, Warga Emas
& Bujang yang berstatus
Miskin eKasih
0.5 juta
Isi Rumah, Warga Emas
& Bujang yang berstatus
Asas STR
8.0 juta

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN

Pemohon yang ingin mendaftar Bantuan Sara Hidup, hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024

Bantuan Sara Hidup RM100 setiap bulan telah mula disalurkan pada 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

DAFTAR BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN 2024

Untuk menerima Bantuan Sara Hidup mestilah mendaftar melalui e-Kasih seperti berikut :

  1. Pendaftaran di bawah sistem e-Kasih ini anda boleh melakukannya dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui :
    • telefon (rujuk senarai talian di bawah); atau
    • surat; atau
    • e-mel rasmi; atau
    • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
  2. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  3. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  4. Selesai.

SENARAI TALIAN PENDAFTARAN

Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran eKasih (mengikut negeri masing-masing) :

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

Leave a Comment