SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Menurut data yang diterima daripada eKasih (Bank data Kemiskinan Negera), terdapat kategori baharu yang layak menerima bantuan eKasih yang bernilai RM1,200 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Peruntukan bagi tahun ini adalah sehingga lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan ekasih? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR : SEMAK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN EKASIH

Bantuan yang bernilai RM1,200 adalah disalurkan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menurut data penerima yang diambil daripada eKasih iaitu kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar dan mempunyai data daripada eKasih akan layak menerima bantuan RM1,200.

BILAKAH PENERIMA AKAN MENERIMA BANTUAN EKASIH 2024

Bantuan eKasih yang bernilai RM1,200 telah disalurkan secara berperingkat mengikut alamat penerima seperti berikut :

ALAMAT PENERIMATARIKH
PENERIMAAN
Penerima beralamat
Semenanjung Malaysia
Bayaran RM100 setiap bulan
bermula 22 Januari 2024 dan
bayaran seterusnya adalah pada 1
hari bulan setiap bulan sehingga
bayaran akhir pada 1 Disember 2024.
Penerima beralamat
Sabah, Sarawak dan
W.P Labuan
Bayaran RM600 dua (2) kali setahun
iaitu pada 19 Februari 2024 dan
12 Ogos 2024.

BAGAIMANAKAH CARA PENERIMAAN BANTUAN EKASIH 2024

Kerajaan akan menyalurkan bantuan eKasih yang bernilai RM1,200 kepada penerima mengikut kaedah seperti berikut :

ALAMAT PENERIMACARA
PENERIMAAN
Penerima beralamat
Semenanjung Malaysia
Disalurkan menerusi Kad
Pengenalan penerima
Penerima beralamat
Sabah, Sarawak dan
W.P Labuan
Disalurkan menerusi akaun bank /
secara tunai di cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)

BAGAIMANAKAH CARA PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024

Penerima yang layak akan dimaklumkan mengikut kaedah seperti berikut :

CARA
PEMAKLUMAN
KETERANGAN
Surat pemaklumanSurat lulus STR 2024 bersekali
kelayakan SARA kepada alamat
berdaftar dalam permohonan STR
Sistem Pesanan Ringkas
(sms blast)
Penerima SARA yang layak akan
menerima Sistem Pesanan Ringkas /
aplikasi WhatsApp (SMS) daripada
MyKasih untuk mengesahkan status
mereka sebagai penerima di bawah
program ini, berserta tarikh dan masa
untuk sesi taklimat orientasi di kedai
runcit yang terdekat.

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024

Berikut merupakan cara semakan status penerima Bantuan eKasih di Portal Rasmi :

PAUTAN SEMAKAN BANTUAN EKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  • Sila klik pada pautan semakan Bantuan eKasih di atas.
  • Pada halaman utama, sila klik pada butang [SEMAK STATUS].
  • Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  • Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  • Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan butang [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment