DAFTAR EKASIH KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2025 : MOHON SEKARANG
Hanya individu atau orang awam yang berdaftar dengan e-Kasih dan mempunyai rekod data yang disahkan sahaja akan layak menerima Bantuan MySARA yang bernilai sehingga RM1,200 bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah cara daftar ekasih kelayakan menerima bantuan mysara rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 TERKINI : CHECK SEKARANG
APA ITU EKASIH KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN MYSARA
eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan untuk menyalurkan Bantuan MySARA yang berjumlah RM1,200.
CARA PENERIMA MENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2025
Terdapat dua (2) cara penerima akan menerima Bantuan MySARA yang berjumlah RM1,200 pada tahun 2025, iaitu :
- Penerima Semenanjung Malaysia :
- Dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima RM100 setiap bulan khas untuk penerima membuat pembelian keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai atau pasaraya yang terdekat selama tempoh 12 bulan.
- Penerima Sabah dan Sarawak :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bagi yang mempunyai akaun bank yang aktif atau diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara ansur RM600 dua (2) kali setahun.
SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2025
Hanya individu atau orang awam yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan layak menerima Bantuan MySARA yang berjumlah RM1,200 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah;
- Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa (berbeza bagi setiap negeri)
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
DAFTAR EKASIH KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2025
Individu atau orang awam boleh mendaftar e-Kasih melalui cara berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon; atau
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
*Rujuk pautan di sini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
TALIAN DAFTAR EKASIH 2025
Berikut merupakan talian pendaftaran e-Kasih mengikut negeri :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
CARA PERMOHONAN BANTUAN MYSARA 2025
Ikuti cara permohonan berikut sekiranya belum membuat sebarang permohonan STR :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih.