JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Lembaga Pertubuhan Peladang membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
Baca Juga: JAWATAN KOSONG MySTEP CIDB MALAYSIA
PENGENALAN
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus.
JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.
MAKLUMAT JAWATAN
PERSONEL MYSTEP
- Tempoh Lantikan: Sehingga 31 Disember 2022
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP dan PERKESO
- Gaji: RM1,600 – RM1,800 (mengikut kelayakan akademik)
- Penempatan: Rujuk hebahan rasmi kekosongan jawatan
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya . Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
SYARAT KELAYAKAN
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
- Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan;
- Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Power Point dan MS Excel.
CARA MOHON
Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci kekosongan jawatan boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan:
- Resume terkini beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport;
- Salinan SPM/ diploma atau kelayakan setaraf dengannya;
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan Sijil Digital Vaksinasi C-19.
Ke alamat e-mel: [email protected] dengan catatan ‘Permohonan Personel MySTEP’.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 12 MEI 2022, KHAMIS.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.