JAWATAN KOSONG MBSA 2025 : PELBAGAI JAWATAN MENARIK TETAP/KONTRAK

JAWATAN KOSONG MBSA 2025 : PELBAGAI JAWATAN MENARIK TETAP/KONTRAK

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara yang berminat untuk memohon jawatan tetap dan kontrak bagi tahun 2025. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan serta memenuhi syarat kelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Baca Juga : Jawatan Kosong MPKB

MENGENAI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Shah Alam, Selangor. MBSA bertanggungjawab dalam pelbagai aspek perkhidmatan bandar, termasuk kesihatan awam, pengurusan sisa, perancangan bandar, dan pembangunan ekonomi. Mereka juga terlibat dalam program dan inisiatif untuk menjadikan Shah Alam sebagai “Bandar Taman”

SENARAI JAWATAN KOSONG MBSA 2025

Berikut adalah jawatan yang ditawarkan :

  • Jurutera J9
  • Pegawai Penguatkuasa KP9
  • Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
  • Pegawai Tadbir N9
  • Penolong Arkitek Landskap JA5
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
  • Penolong Pegawai Pertanian G5
  • Penolong Pegawai Tadbir N5
  • Pembantu Khidmat Am H1

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan : 10 Julai 2025 (Khamis)

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan
  • Keutamaan kepada rakyat Selangor
  • Mempunyai kelayakan akademik yang sesuai dengan jawatan (SPM/Diploma/Ijazah)
  • Sihat tubuh badan dan bebas daripada rekod jenayah

CARA MEMOHON JAWATANG KOSONG MBSA 2025

  • Layari laman rasmi MBSA (KLIK DISINI) untuk maklumat penuh mengenai iklan dan syarat jawatan.
  • Sediakan resume terkini, salinan kad pengenalan, dan sijil akademik.
  • Isi borang permohonan secara dalam talian mengikut jawatan yang dipohon.
  • Hantar permohonan sebelum 10 Julai 2025 (Khamis) untuk mengelakkan terlepas peluang.
  • Semak emel atau panggilan telefon untuk makluman mengenai temuduga.

MENGAPA ANDA PERLU MEMOHON JAWATAN KOSONG MBSA

  • Peluang untuk membina kerjaya dalam sektor kerajaan
  • Jawatan tetap dengan elaun dan faedah yang menarik
  • Peluang untuk kenaikan pangkat berdasarkan prestasi
  • Menyumbang kepada pembangunan Shah Alam
  • Suasana kerja yang profesional dalam pentadbiran bandar raya

Jika anda menetap di Selangor atau berhasrat untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan, peluang ini adalah sangat sesuai untuk anda menyertai MBSA.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang jawatan kosong bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat.

Leave a Comment