SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 – SEMAK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Portal rasmi MyKasih dan aplikasi MyKasih yang telah dibangunkan oleh pihak berwajib bertujuan untuk menyediakan semakan dan maklumat terkini yang disediakan oleh Kerajaan, dengan fokus untuk memudahkan rakyat mengakses rangkaian secara dalam talian. Untuk mengetahui cara semakan MyKasih terbaru secara dalam talian, sila ikuti panduan lengkap yang disediakan di bawah.
Baca Juga : BANTUAN STR FASA 3
TARIKH BAYARAN MYKASIH TERBARU 2025
Berikut adalah tarikh bayaran MyKasih yang terkini :
JUMLAH PENERIMA | TARIKH BAYARAN MYKASIH |
---|---|
5.4 Juta Penerima (sedia ada dan baharu) | 1 Julai 2025 (Selasa) |
KADAR BAYARAN MYKASIH 2025
Setiap kategori penerima akan menerima kadar bayaran yang berbeza seperti yang dinyatakan di bawah :
KADAR BAYARAN MYKASIH (Penerima Sedia Ada) | KADAR BAYARAN MYKASIH (Penerima Baharu) |
---|---|
Isi Rumah : RM200 | Isi Rumah : RM100 |
Warga Emas : RM150 | Warga Emas : RM50 |
Bujang :RM50 | Bujang : – |
KAEDAH BAYARAN MYKASIH 2025
Kerajaan telah menyelaraskan kaedah bayaran MyKasih yang terbaru seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH BAYARAN MYKASIH |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dibayar secara tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (KP) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas. |
Sabah, Sarawak, W.P Labuan | Dibayar secara tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (KP) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas. |
SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025
Status kelayakan penerima MyKasih yang terkini boleh disemak secara dalam talian melalui pautan berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Isikan 12 digit nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan: ‘Layak’ atau ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’.
- Sekiranya paparan menunjukkan ‘No. MyKad tidak Wujud Dalam Sistem’, sila klik pautan [Semakan Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAYARAN MYKASIH ONLINE TERBARU 2025
Bagi penerima yang berstatus ‘Layak’, mereka boleh menyemak status bayaran MyKasih yang telah dimasukkan ke dalam kad pengenalan melalui semakan dalam talian seperti berikut :
- Sila muat turun aplikasi MyKasih ke dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh: 123456789).
- Nombor ‘One Time Password (OTP)’ akan dihantar melalui SMS.
- Masukkan nombor OTP yang diberikan.
- Klik pada butang ‘Next’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline Mykasih : (603)- 7720 1800
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat