JAWATAN KOSONG TERKINI INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI : IDFR KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Kementerian Luar Negeri Malaysia, ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dan berkelayakan untuk mengisi segera kekosongan jawatan sebagai Personel MySTEP.
BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA : IYRES
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN IDFR |
---|
22 DISEMBER 2023 (JUMAAT) |
JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI
BIL. | JAWATAN | GAJI | KEKOSONGAN |
---|---|---|---|
1. | PERSONEL MYSTEP | RM2,100.00 / Sebulan | 4 Kekosongan |
TEMPOH PERKHIDMATAN
TEMPOH PERKHIDMATAN |
---|
JANUARI 2024 – DISEMBER 2024 (Penyambungan kontrak akan dipertimbangkan berdasarkan kepada peraturan yang berkuatkuasa) |
PENEMPATAN PERKHIDMATAN JAWATAN KOSONG DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI
PENEMPATAN PERKHIDMATAN |
---|
INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI, KUALA LUMPUR |
SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari lapan belas (18) tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan - Syarat Bahasa Melayu – memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat dan pengurusan majlis rasmi serta berkebolehan dalam membuat penyelidikan dan kajian berhubung hal ehwal
hubungan antarabangsa.
KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI
- CUTI REHAT.
- CUTI SAKIT.
- CARUMAN KWSP DAN PERKESO.
CARA MOHON JAWATAN KOSONG TERKINI INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI
Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat e-mel [email protected] dengan mengemukakan dokumen berikut seperti dibawah :
- Resume lengkap berserta gambar berukuran pasport;
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan sijil kelahiran;
- Salinan sijil berhenti sekolah;
- Salinan sijil kelulusan akademik;
- Salinan transkrip akademik; dan
- Salinan sijil lain yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi pegawai di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan seperti berikut :
- Encik Amiruddin bin Zaidi : 03-2149 1023 / [email protected]
- Puan Filza Syahida binti Md Jamal : 03-2149 1066 / [email protected]
Rujuk iklan jawatan di sini : https://www.idfr.gov.my/images/stories/announcement/Iklan_myStep-Degree.pdf