JAWATAN KOSONG TERKINI INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA : IYRES

JAWATAN KOSONG TERKINI INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA : IYRES

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) bertaraf N19.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : KKM

TARIKH IKLAN JAWATAN KOSONG IYRES

TARIKH IKLAN DIBUKATARIKH TUTUP IKLAN
14 DISEMBER 202328 DISEMBER 2023

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

BIL.JAWATANGREDGAJI
1.PEMBANTU TADBIR (Perkeranian / Operasi)N19RM1,352.00

SYARAT LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai Sijil SPM atau kelayakan yang setaraf diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu;
  • Mempunyai latar belakang dalam bidang pentadbiran dan tugas-tugas pengurusan kewangan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

  • Calon-calon yang berminat memohon jawatan boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
    • Resume;
    • Salinan Sijil Kelahiran;
    • Salinan Kad Pengenalan;
    • Salinan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
    • Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan
    • Borang permohonan perjawatan (Muat turun borang permohonan di bawah) :
  • Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).
  • Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
ALAMAT SURAT MENYURAT
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia
  • Selesai.

PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan :

  • Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan;
  • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  • Permohonan melalui e-mel adalah TIDAK DITERIMA.

CATATAN AM JAWATAN KOSONG INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Tempoh sahlaku permohonan adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan jawatan kosong di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Alamat : Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya.
  • Tel : +603-8871 3417
  • Faks : +603-8871 3342
  • Emel : [email protected]

Atau rujuk Laman Web Rasmi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia di sini : https://www.iyres.gov.my/

Leave a Comment