JAWATAN KOSONG TERKINI JETCO : JOHOR ECONOMIC, TOURISM AND CULTURAL OFFICE SINGAPORE

JAWATAN KOSONG TERKINI JETCO : JOHOR ECONOMIC, TOURISM AND CULTURAL OFFICE SINGAPORE

Johor Economic, Tourism and Cultural Office (JETCO) ingin mempelawa rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Akauntan, dan Pembantu Tadbir (Kewangan) bertaraf Kontrak.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA : MINDEF

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JETCO
31 DISEMBER 2023 (3 Petang)

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN JETCO

BIL.JAWATANGREDTARAF
JAWATAN
1.PENOLONG PEGAWAI TADBIRN29KONTRAK
2.PENOLONG AKAUNTANW29KONTRAK
3.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)W19KONTRAK

SYARAT LANTIKAN WAJIB

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

SYARAT LANTIKAN / DESKRIPSI TUGAS SETIAP JAWATAN KOSONG TERKINI JETCO

Setiap Jawatan Kosong yang ditawarkan adalah berbeza syarat-syarat lantikan seperti di bawah berikut :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 :

  1. Syarat Lantikan :
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      • Gaji Permulaan : N29: RM1,493.00; Atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      • Gaji Permulaan : N29: RM1,493.00; Atau
    • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      • Gaji Permulaan : N29: RM1,493.00; Atau
    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • Gaji Permulaan : N29: RM1,770.95.
  2. Deskripsi Tugas :
    • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang-undang.

2. PENOLONG AKAUNTAN W29 :

  1. Syarat Lantikan :
    • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • Gaji Permulaan : W29: RM1,510.92; Atau
    • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
      • Gaji Permulaan : W29: RM1,510.92; Atau
    • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • Gaji Permulaan : W29: RM1,776.08; Atau
    • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • Gaji Permulaan : W29: RM2,001.68.
  2. Deskripsi Tugas :
    • Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.

3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 :

  1. Syarat Lantikan :
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
      • Gaji Permulaan : W19: RM1,353.00; Atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • Gaji Permulaan : W19: RM1,409.40; Atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • Gaji Permulaan : W19: RM1,409.40; Atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • Gaji Permulaan : W19: RM1,465.80; Atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • Gaji Permulaan : W19: RM1,465.80.
  2. Deskripsi Tugas :
    • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG TERKINI JETCO

  1. Klik pada pautan borang permohonan di sini : https://get-qr.com/content/HhBdNd.
  2. Sila muat turun borang tersebut dengan menekan butan [Download PDF].
  3. Kemudian isikan (secara bertulis) semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Seterusnya, lampirkan juga dokumen yang diperlukan seperti :
    • Salinan Sijil Kelahiran;
    • Salinan Kad Pengenalan;
    • Salinan Surat Berhenti Sekolah yang terakhir;
    • Salinan Sijil Keputusan Peperiksaan/Pengajian dan Transkrip setiap semester; dan
    • Salinan Sijil Pencapaian Akademik & Kokurikulum.
  5. Salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan A adalah perlu dilampirkan bersama Borang Permohonan.
  6. Tuliskan di bahagian kiri atas sampul surat nama jawatan yang dipohon.
  7. Hantar ke alamat seperti di bawah berikut :
ALAMAT PERMOHONAN JAWATAN JETCO
JOHOR ECONOMIC, TOURISM AND CULTURAL OFFICE (JETCO),
ARAS 2, BANGUNAN SULTAN ISMAIL,
KOTA ISKANDAR, 79500 ISKANDAR PUTERI, JOHOR.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan jawatan kosong tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Tel : 03-8885 4227/ 4191/ 4240
  • Faks : 03-8881 1314

Leave a Comment