JAWATAN KOSONG TERKINI LGM : LEMBAGA GETAH MALAYSIA

JAWATAN KOSONG TERKINI LGM : LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Lembaga Getah Malaysia (LGM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat dan Pembantu Tadbir bertaraf Kontrak.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI IKM : INSTITUT KEMAHIRAN MARA

TARIKH PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI LGM

PERKARATARIKH
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA20 DISEMBER 2023
TARIKH PERMOHONAN DITUTUP03 JANUARI 2024

JAWATAN YANG DITAWARKAN LGM

BIL.JAWATANGREDTARAF
JAWATAN
1.PEGAWAI TEKNOLOGI
MAKLUMAT
F44KONTRAK
2.PEGAWAI TEKNOLOGI
MAKLUMAT
F41KONTRAK
3.PEMBANTU TADBIR
(PERKERANIAN / OPERASI)
N19KONTRAK

JADUAL GAJI / PENEMPATAN BERTUGAS LGM

JAWATANJADUAL GAJIPENEMPATAN
BERTUGAS
PEGAWAI TEKNOLOGI
MAKLUMAT (F44)
Min : RM3,601.00
Maks : RM10,504.00
KUALA LUMPUR
PEGAWAI TEKNOLOGI
MAKLUMAT (F41)
Min : RM2,315.00
Maks : RM9,618.00
KUALA LUMPUR
PEMBANTU TADBIR (N19)
(PERKERANIAN / OPERASI)
Min : RM1,352.00
Maks : RM4,003.00
KUALA LUMPUR

SYARAT LANTIKAN UMUM LGM

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau
    56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58
    tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60
    tahun.

SYARAT LANTIKAN JAWATAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F44) :
    • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.
  2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41) :
    • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Mempunyai sekurangnya-kurangnya ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.
  3. PEMBANTU TADBIR (N19) :
    • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.

Untuk syarat tambahan setiap jawatan, sila rujuk di sini : https://www.lgm.gov.my/webv2/announcement/38.

DESKRIPSI TUGAS

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F44) :
    • Mengkaji keperluan aplikasi dan perisian LGM;
    • Menyediakan aplikasi berasaskan mobile dan web;
    • Menyelaras keperluan integrasi sistem yang telah atau sedang dibangunkan di LGM;
    • Memberikan khidmat rundingan dan sokongan serta latihan kepada pengguna sistem;
    • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual terhadap sistem-sistem aplikasi yang dibangunkan; dan
    • Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41) :
    • Mengkaji keperluan aplikasi dan perisian LGM;
    • Menyediakan aplikasi berasaskan mobile dan web;
    • Menyelaras keperluan integrasi sistem yang telah atau sedang dibangunkan di LGM;
    • Memberikan khidmat rundingan dan sokongan serta latihan kepada pengguna sistem;
    • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual terhadap sistem-sistem aplikasi yang dibangunkan; dan
    • Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  3. PEMBANTU TADBIR (N19) :
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi, aset dan perolehan) di agensi; dan
    • Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI LGM

  1. Permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara dalam talian melalui pautan DI BAWAH BERIKUT :
  2. Tickkan [SENARAI JAWATAN YANG INGIN DIPOHON].
  3. Tandakan [Ya] sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
  4. Seterusnya, tekan [Next].
  5. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan pastikan betul.
  6. Tekan [Next].
  7. Masukkan semua maklumat diperlukan dengan betul.
  8. Kemudian, tekan [Hantar].
  9. Permohonan anda berjaya dihantar.
  10. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.
  11. Selesai.

NOTA : Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Walau
bagaimanapun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan
yang telah ditetapkan.Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT JAWATAN KOSONG LGM

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

Hubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia / Seksyen Perjawatan di talian 03-9206 2000 :

  • Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin/ Cik Nur Fa’iqah binti Jasmi (ext : 2205)
  • Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (ext : 2204)

Leave a Comment