JAWATAN KOSONG TERKINI MIROS : INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA

JAWATAN KOSONG TERKINI MIROS : INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang
ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, ingin mempelawa calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM : JPA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI MIROS

TARIKH TUTUP PERMOHONAN MIROS
26 DISEMBER 2023 (SELASA) Jam 5.00 Petang

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN MIROS

BIL.JAWATANGREDTARAF
JAWATAN
1.PEGAWAI KONTRAK PROJEKWA41KONTRAK
2.PEKERJA SAMBILAN HARIANPSHKONTRAK

JADUAL GAJI MIROS

JAWATANKUMPULAN
PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
PEGAWAI KONTRAK PROJEK WA41Pengurusan dan
Profesional
(Kewangan)
Upah : RM2,820.00
Insentif : RM720.00
PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)Pelaksana
(Pentadbiran dan
Sokongan)
Upah Harian : RM54 / hari

SYARAT LANTIKAN WAJIB

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

SYARAT LANTIKAN / RINGKASAN TUGAS JAWATAN PEGAWAI KONTRAK PROJEK WA41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  • SYARAT LANTIKAN :
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA); dan
    • Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • RINGKASAN TUGAS :
    • Menyediakan penyata kewangan bagi projek – projek perundingan dan penyelidikan bulanan dan tahunan untuk pelaporan Penyata Kewangan MIROS.

SYARAT LANTIKAN / RINGKASAN TUGAS JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  • SYARAT LANTIKAN :
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • RINGKASAN TUGAS :
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, pengurusan fail, dan lain-lain).

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG TERKINI MIROS

  1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.
  2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut :
    • Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
    • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
    • Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
    • Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan; dan
    • Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di laman sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) / (MQR) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.
  3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
  4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat :
ALAMAT SURAT PERMOHONAN MIROS
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

*Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, e-mel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Justeru, pihak kami tidak dapat membalas / menjawab sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan jawatan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

Leave a Comment