JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 BUJANG : SEMAK SEKARANG

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 BUJANG : SEMAK SEKARANG

Dari tahun ke tahun, jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan dewasa berstatus bujang khusus yang berpendapatan rendah akan dinaikkan bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup.

Bagaimanakah semak jumlah bayaran bantuan str bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : JUMLAH RASMI BANTUAN TUNAI STR : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 BUJANG

Pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 akan dinaikkan RM250 kepada penerima Bujang menjadikanya berjumlah sebanyak RM600 ketimbang bayaran pada tahun 2024 hanyalah sebanyak RM350 sahaja.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN STR
BujangDaripada RM350 (2024)
Kepada RM600 (2025)

CARA BAYARAN BANTUAN STR 2025 BUJANG

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar kepada penerima bujang melalui dua (2) cara seperti berikut :

  1. Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang didaftarkan; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
    • Tiada maklumat bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025 BUJANG

Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan STR bagi kategori bujang adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda (Tiada anak);
  • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2025 BUJANG

Ikuti cara semakan status penerima Bujang Bantuan STR seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad tanpa tanda sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima Bujang akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment