JUMLAH RASMI BANTUAN TUNAI STR 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Di bawah konsep Payung Rahmah yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu Bantuan STR di bawah Belanjawan 2025 dengan peruntukan sebanyak RM13 billlion bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagaimanakah semak kelayakan jumlah rasmi bantuan tunai str? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH RASMI BANTUAN MYSARA : SEMAK SEKARANG
JUMLAH RASMI BANTUAN TUNAI STR 2025
Sejajar dengan peruntukan yang dinaikkan sehingga RM3 billion, jumlah bantuan untuk setiap penerima juga akan dinaikkan mengikut kelayakan setiap kategori :
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada anak : RM1,000 + RM900 = RM1,900.
- 1-2 anak : RM1,500 + RM900 = RM2,400.
- 3-4 anak : RM2,000 + RM900 = RM2,900.
- 5 ke atas : RM2,500 + RM900 = RM3,400.
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 :
- Tiada anak : RM500 + RM900 = RM1,400.
- 1-2 anak : RM750 + RM900 = RM1,650.
- 3-4 anak : RM1,000 + RM900 = RM1,900.
- 5 ke atas : RM1,250 + RM900 = RM2,150.
- Bujang (Umur 60 tahun ke atas) :
- RM600 + RM450 = RM1,050.
- Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) :
- RM600.
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025
Pembayaran Bantuan Tunai STR adalah sama seperti sebelum iaitu secara ansur berperingkat mengikut empat fasa bagi sepanjang tahun seperti berikut :
- Fasa Satu : Februari 2025;
- FasaDua : April 2025;
- FasaTiga : Ogos 2025;
- Fasa Empat : November 2025.
*Bagaimanapun tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan diumumkan secara rasmi pada tahun 2025 jika berlaku sebarang perubahan.
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025
Bantuan Tunai STR bagi tahun 2025 akan dibayar kepada penerima melalui dua (2) cara seperti berikut :
- Secara pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima / pasangan yang didaftarkan;
- Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada maklumat bank yang didaftarkan.
SEMAKAN RASMI BANTUAN TUNAI STR 2025
Ikuti cara semakan Bantuan Tunai STR di portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.