KEPUTUSAN MRSM 2025 (PANDUAN SEMAKAN TAWARAN MRSM TINGKATAN 1 DAN 4)
Proses semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sesi 2025 kini telah dibuka. Ini adalah peluang keemasan bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang telah memohon untuk mengetahui status permohonan mereka ke institusi pendidikan unggul ini.
MRSM terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin melanjutkanpelajaran dalam sistem pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), serta pembangunan sahsiah yang seimbang.
Baca Juga : PEMBAYARAN STR 2025 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1)
CARA SEMAK TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM 2025
KEPUTUSAN MRSM 2025 (PANDUAN SEMAKAN TAWARAN MRSM TINGKATAN 1 DAN 4)
Semakan keputusan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk membuat semakan:
- Layari Laman Web Rasmi
- Untuk Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1
- Untuk Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4
- Masukkan Maklumat Calon Masukkan nombor kad pengenalan calon di ruangan yang disediakan.
- Tekan Butang “Semak”Status tawaran akan dipaparkan, sama ada:
- Berjaya: Bermaksud calon ditawarkan tempat di MRSM.
- Tidak Berjaya: Bermaksud calon tidak mendapat tawaran pada peringkat ini, namun masih boleh menyemak pada tarikh semakan berikutnya.
TARIKH PENTING SEMAKAN MRSM 2025
- Semakan Pertama: 13 Januari 2025
- Semakan Kedua: 27 Januari 2025
- Semakan Ketiga: 3 Mac 2025
- Semakan Keempat: 17 Mac 2025
PENGESAHAN TAWARAN
- Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari selepas keputusan diumumkan. Pengesahan tawaran boleh dilakukan melalui laman web yang sama. Kegagalan membuat pengesahan akan dianggap sebagai penolakan tawaran.
- Dokumen sokongan seperti surat tawaran, borang perakuan, dan senarai semak perlu dimuat turun dari laman web dan diserahkan ke MRSM yang ditawarkan, mengikut panduan yang disediakan. Sebarang yuran pendaftaran juga perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
KENAPA PILIH MRSM
MRSM bukan sekadar institusi pendidikan biasa, tetapi menawarkan program pendidikan unik seperti:
- Program Ulul AlbabFokus kepada penghafalan Al-Quran dan pembelajaran STEM.
- International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)Program bertaraf antarabangsa untuk pelajar cemerlang.
- Program Teknikal dan KejuruteraanDireka khas untuk pelajar yang berminat dalam bidang teknikal.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru.
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau persoalan mengenai kemasukan ke MRSM anda boleh hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- E-mel : [email protected]
- Talian Rasmi : 03-2613 4531 / 32 / 33 / 17 / 16 / 78 / 34483
- Laman Web Rasmi : mara.gov.my
Kalau tidak berjaya boleh ke buat rayuan