LOGIN STR : LOG MASUK PORTAL RASMI
Seramai 60 peratus (%) rakyat dewasa Malaysia yang layak untuk menerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang merangkumi golongan berpendapatan rendah dan juga berpendapatan serdehana boleh membuat semakan di Portal Rasmi STR.
Bagaimanakah login portal rasmi str? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM800 : CHECK STATUS SEKARANG
APA ITU STR
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan Negara bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bantuan tunai STR akan diberikan secara berperingkat sepanjang tahun mengikut empat fasa keseluruhan dengan kadar tunai yang telah ditetapkan bagi setiap kategori penerima.
PAUTAN PORTAL RASMI LOGIN STR
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi STR yang boleh diakses oleh orang awam :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN LOGIN STR
Ikuti panduan cara login / log masuk STR untuk semakan :
- Sila layari Portal Rasmi STR; atau klik pada pautan di atas.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’ tanpa tanda sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KRITERIA KELAYAKAN STR
Antara kriteria kelayakan utama untuk penerima STR adalah Warganegara Malaysia serta menepati kriteria seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Warga Emas :
- Berpasangan / bujang / ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak;
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/str.