MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM600 2024 : CHECK SEKARANG

MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM600 2024 : CHECK SEKARANG

Mengikut data daripada Mykasih, bantuan yang telah salurkan pada tahun lepas akan diteruskan bagi tahun 2024 tetapi dengan meningkatkan peruntukan bantuan kepada lebih 700,000 penerima berbanding tahun lepas hanya 210,000 penerima sahaja.

Bagaimanakah my kasih semakan status bantuan rm600? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA RM100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM600 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh bayaran bantuan yang bernilai RM600 kepada penerima adalah seperti berikut :

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM600 2024
19 Februari 2024 (Isnin)

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN RM600 2024

Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan yang bernilai RM600 ini mengikut kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PENERIMAAN
Ada akaun bankDikreditkan terus ke akaun
bank yang telah didaftarkan.
Tiada akaun bankDiberikan secara tunai di
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN).

SYARAT KELAYAKAN STATUS BANTUAN RM600 2024

Syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada penerima adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas;
  • Beralamat di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM600 2024

Terdapat dua (2) laman rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan status seperti pautan berikut :

PAUTAN SEMAKAN STATUS 1
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
PAUTAN SEMAKAN STATUS 2
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan status di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment