MYKASIH BANTUAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

MYKASIH BANTUAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Masih ada sesetengah individu mengetahui tentang bantuan MyKasih yang disalurkan oleh Kerajaan MADANI. Bantuan yang disalurkan di bawah Program MyKasih ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang juga merupakan bantuan tambahan yang telah ditambahbaik oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah semak status mykasih bantuan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN RM500 : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI PENAMBAHBAIKAN BANTUAN MYKASIH 2024

Kerajaan telah menambahbaik pemberian Bantuan MyKasih bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Memperluas penerima yang layak merangkumi golongan asas, miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program diperluas daripada hanya khas untuk pembelian barang makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

KADAR PERUNTUKAN PENERIMA BANTUAN 2024

Kerajaan telah memperuntukan sehingga lima kali ganda bagi tahun 2024 kepada penerima seperti senarai berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUANBIL.
PENERIMA
Kategori Miskin TegarIsi Rumah : RM1,200.
Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
0.2 juta
Kategori MiskinIsi Rumah : RM1,200.
Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
0.5 juta
Kategori AsasIsi Rumah : RM300.
Warga Emas : RM150.
Bujang : RM150.
8.0 juta

KAEDAH PELAKSANAAN MYKASIH 2024

Pelaksanaan bantuan MyKasih adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti kaedah berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PELAKSANAAN
Semenanjung MalaysiaDikreditkan ke dalam kad pengenalan
penerima setiap bulan khas untuk
pembelian barangan keperluan asas.
Sabah dan SarawakDikreditkan setiap dua kali setahun
ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

MYKASIH BANTUAN 2024

Untuk semakan status, pemohon boleh membuat semakan melalui laman web rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utaman laman rasmi MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “MYKASIH BANTUAN 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment