MYKASIH BANTUAN RM100 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Sistem pengagihan kebajikan (bantuan) tanpa tunai MyKasih telah berjaya diguna pakai oleh kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat, serta swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat. Kerajaan turut menyalurkan bantuan tanpa tunai melalui Mykasih kepada 8.7 juta rakyat Malaysia pada tahun ini.
Bagaimanakah semak status mykasih bantuan rm100? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 600 DALAM IC : SEMAK SEKARANG
APA ITU BANTUAN RM100 2024
Bantuan yang disalurkan bernilai RM100 setiap bulan adalah Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan tanpa tunai yang dikreditkan menerusi Kad Pengenalan (bagi penerima di Semenanjung Malaysia) khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM100 2024
Penerima yang layak beralamat di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan yang bernilai RM100 bermula pada 22 Januari 2024 dan seterusnya pada 1 haribulan setiap bulan pada Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan bayaran akhir adalah pada 1 Disember 2024.
SIAPAKAH LAYAK MENERIMA BANTUAN RM100
Pemberian bantuan bernilai RM100 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
MYKASIH BANTUAN RM100 2024
Ikuti cara semakan status bantuan yang bernilai RM100 di Portal Rasmi MyKasih seperti panduan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.