SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024 : CHECK SEKARANG

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan pelbagai bantuan yang akan dilancarkan serta disalurkan seawal bulan Januari 2024 dan juga disalurkan secara berperingkat. Hampir keseluruhan rakyat Malaysia akan menerima manfaat daripada pelbagai bantuan yang disalurkan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan kerajaan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : MYKASIH BANTUAN RM100 : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024

Berikut merupakan senarai bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi tahun 2024 :

  1. Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  4. Bantuan Khas Penjawat Awam.
  5. Bantuan Khas Pesara & Anggota Beruniform.
  6. Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal, Siak.
  7. Skim Perubatan Madani (SPM).

KADAR BANTUAN KERAJAAN 2024

Berikut merupakan kadar yang disalurkan setiap bantuan bagi tahun 2024 :

  1. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
    • Disalurkan sebanyak RM150 kepada setiap seorang murid secara one-off, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Kadar bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut kategori seperti :
      • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM1,200.
      • Warga Emas Tiada Pasangan Miskin & Miskin Tegar : RM1,200.
      • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM600.
      • Isi Rumah Asas : RM300.
      • Warga Emas Tiada Pasangan Asas : RM150.
      • Bujang Asas : RM150.
  3. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Kadar bantuan yang disalurkan menerusi STR juga berbeza setiap kategori seperti :
      • Isi Rumah pendapatan RM2,500 ke bawah :
        • RM1,000 (Tiada anak).
        • RM1,500 (1-2 anak).
        • RM2,000 (3-4 anak).
        • RM2,500 (5 ke atas).
      • Isi Rumah pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
        • RM500 (Tiada anak).
        • RM750 (1-2 anak).
        • RM1,000 (3-4 anak).
        • RM1,250 (5 ke atas).
      • Warga Emas Tiada Pasangan pendapatan bawah RM5,000 :
        • RM600.
      • Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah :
        • RM350.
  4. Bantuan Khas Penjawat Awam :
    • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah (termasuk lantikan kontrak) akan menerima RM2,000.
  5. Bantuan Khas Pesara & Anggota Beruniform :
    • Polis, Bomba, Tentera, Angkatan bersenjata, dan seluruh anggota beruniform serta pesara akan menerima RM1,000.
  6. Bantuan Khas Guru Agama, Imam, Bilal, Siak :
    • Akan disalurkan sebanyak RM700.
  7. Skim Perubatan Madani (SPM) :
    • Penerima yang layak boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI mengikut jumlah seperti :
      • Isi Rumah berkeluarga : RM250.
      • Warga Emas tiada pasangan : RM125.
      • Bujang : RM75.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024

Syarat-syarat kelayakan penerima setiap bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan bagi tahun 2024 adalah berbeza. Sila rujuk pada Portal Rasmi setiap bantuan yang disenaraikan di atas.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024

Untuk semakan setiap bantuan adalah berbeza di portal rasmi setiap bantuan seperti berikut :

  • Semakan nama penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Semakan nama penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Semakan nama penerima bantuan Skim Perubatan Madani (SPM) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Skim Perubatan MADANI di sini : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Tick pada [I’m not a robot].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment