MYKASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

MYKASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

Menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup, bantuan MyKasih disalurkan secara berperingkat kepada setiap kategori yang merangkumi isi rumah, bujang dan juga warga emas mengikut kelayakan.

Bagaimanakah MyKasih semakan status penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 450 MYKAD : SEMAKAN NAMA PENERIMA

KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH BANTUAN

Terdapat tiga (3) kelayakan khusus penerima bantuan MyKasih, iaitu :

  1. Miskin Tegar;
  2. Miskin Serdehana; dan
  3. Asas Bukan Miskin.

KADAR BAYARAN MYKASIH BANTUAN

Setiap penerima akan menerima kadar bayaran bantuan yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN /
KATEGORI PENERIMA
ISI RUMAHBUJANGWARGA EMAS
MISKIN TEGARRM1,200RM600RM1,200
MISKIN SERDEHANARM1,200RM600RM1,200
ASAS BUKAN MISKINRM300RM150RM150

TARIKH & CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Pembayaran bantuan MyKasih adalah berbeza setiap negeri penerima :

NEGERI PENERIMATARIKH BAYARANCARA PEMBAYARAN
Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kelantan
dan Terengganu
Bermula 22/01/2024
(setiap bulan)
Sehingga 01/12/2024
Secara tanpa tunai
melalui Kad Pengenalan
Perlis, Perak, Pahang,
Melaka dan Johor
Bermula 29/01/2024
(setiap bulan)
Sehingga 01/12/2024
Secara tanpa tunai
melalui Kad Pengenalan
Sabah, Sarawak dan LabuanPada 19/02/2024
dan 12/08/2024
Secara tunai melalui
akaun bank penerima

CARA MYKASIH SEMAKAN STATUS

Terdapat tiga (3) cara untuk mengetahui status penerima bantuan MyKasih, iaitu :

  1. Surat Pemakluman MyKasih :
    • Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman Mykasih mengikut alamat yang didaftarkan.
  2. Pesanan Ringkas (SMS) :
    • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan.
  3. Portal Rasmi Mykasih :
    • Semakan Status boleh dibuat pada portal rasmi MyKasih.

MYKASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN

Ikuti cara semakan status di portal rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment