PANDUAN MOHON KERJA MySTEP

PANDUAN MOHON KERJA MySTEP

MySTEP adalah salah satu program dibawah belanjawan 2021 dimana syarikat daripada sekor awam dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan Latihan dan Penempatan jangka pendek yang di gelar sebagai Program Personel MySTEP.

Sepanjang latihan dibawah program ini anda akan dibayar diupah mengikut kepada taraf pendidikan dan juga jenis tugasan yang diberikan oleh kementerian atau jabatan GLC dan Rakan Strategik.

Kadar Upah bermula dari RM1,400 – RM 2000 dan semuanya tertakluk kepada setiap program dan juga penempatan.

Dan untuk pengetahuan anda juga kebanyakkan permohonan MySTEP adalah melalui email dan berikut kami akan berikan tips dan panduan mohon kerja MySTEP melalui email dengan betul.

1 . Guna Alamat Email Yang Profesional
Sila pastikan anda menggunakan alamat email yang kelihatan profesional dan sebaiknya menggunakan nama anda yang sebenar bukannya seperti [email protected] atau sebagainya.

2 . Tulis Subjek Email
Jangan sesekali tinggalkan bahagian subjek semasa memohon jawatan mystep sila pastikan anda mengikuti arahan yang telah disediakan oleh majikan dibahagian subjek dan jika majikan tidak memberikan sebarang arahan anda boleh menulis dibahagian subjek ” PERMOHONAN MYSTEP ” NAMA JAWATAN ”

3 . Mulakan Dengan Salam Dan Diikuti Oleh Nama Penerima
Ianya sangat penting sebagai tanda hormat dan juga menunjukkan anda seorang yang mempunyai adab yang baik.

Sila pastikan anda menulis email dengan ringkas dan straight to the point iaitu dengan format .

Perenggan Pertama memperkenal diri anda secara ringkas dan juga tahap pendidikan anda.

Perenggan Kedua Tujuan anda menghantarkan email serta bila anda boleh untuk bekerja

dan di perenggan terakhir anda menyatakan anda telah melampirkan segala dokumen yang diminta. Sila pastikan semua dokumen yang anda hantarkan didalam format PDF.

Baca Juga: JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH REMBAU

Contoh Email Permohonan MySTEP

Selamat sejahtera Tuan/Puan [Nama penerima],

Saya muhammad sanusi berumur 23 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM bulan Mei 2022 di mana saya telah menerima Ijazah BSc (Hons) Computer Science.

Saya ingin memohon jawatan yang Tuan/Puan tawarkan iaitu Personel MySTEP Juruteknik Komputer . Saya boleh bermula dengan serta merta dan berharap untuk menyumbangkan kemahiran serta pengetahuan saya sekaligus mempelajari lebih lanjut tentang syarikat Tuan/Puan.

Dilampirkan adalah resume dan dokumen seperti yang diminta untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.

Sekian, terima kasih.

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk memohon jawatan kosong mystep.

Baca Juga: JAWATAN KOSONG LHDN

Leave a Comment