PENGELUARAN KWSP 2025 SEPANJANG TAHUN : SEMAK KELAYAKAN & MOHON ONLINE
KWSP menawarkan pelbagai jenis pengeluaran yang boleh dilakukan sepanjang tahun 2025, termasuk:
- Pengeluaran Umur 55 Tahun:
- Apabila mencapai umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian simpanan mereka dari Akaun 55 pada bila-bila masa.
- Pengeluaran Umur 60 Tahun:
- Pada umur 60 tahun, semua simpanan dalam Akaun 55 dan Akaun Emas akan digabungkan, dan ahli boleh membuat pengeluaran penuh atau sebahagian pada bila-bila masa.
- Pengeluaran Akaun Fleksibel:
- Mulai 6 Januari 2025, KWSP memperkenalkan i-Akaun Secure dalam aplikasi KWSP i-Akaun untuk meluluskan transaksi Pengeluaran Akaun Fleksibel dengan lebih selamat dan pantas.
- Pengeluaran Dividen Tahunan:
- Ahli boleh membuat pengeluaran dividen tahunan di bawah kaedah bayaran Pengeluaran Umur 55 Tahun atau 60 Tahun.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai proses pengeluaran KWSP secara dalam talian, sila rujuk panduan lengkap yang disediakan di bawah.
BACA JUGA DI SINI : TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JUMLAH PERATUSAN YANG DITETAPKAN UNTUK SETIAP AKAUN
Berikut merupakan peratusan simpanan ketiga-tiga akaun KWSP :
- Akaun Persaraan (1):
- Menyimpan 75% daripada jumlah simpanan untuk memastikan sumber pendapatan yang stabil selepas bersara.
- Akaun Sejahtera (2):
- Menyediakan 15% daripada simpanan bagi memenuhi keperluan hidup dan menikmati kualiti hidup yang selesa sebelum bersara.
- Akaun Fleksibel (3):
- Menyimpan 10% daripada simpanan untuk keperluan kewangan jangka pendek serta menghadapi situasi kecemasan.
SYARAT LAYAK MEMOHON PENGELUARAN
Hanya ahli Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara yang memenuhi syarat kelayakan berikut boleh membuat pengeluaran KWSP :
Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
- Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
- Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
- Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.
PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 1 ONLINE
Ikuti cara pengeluaran KWSP daripada akaun 1 (Persaraan) secara online seperti berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
- Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
- Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
- Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
- Selesai.
NOTA : Bagi ahli yang tidak boleh membuat pengeluaran secara online, boleh juga dilakukan secara manual dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk pengeluaran akaun 1.
PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 2 ONLINE
Terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP akaun 2 (Sejahtera) yang boleh dilakukan seperti berikut :
- Pembelian Rumah :
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
- Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Selesai.
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Pendidikan :
- Untuk bayaran yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
- Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
- Surat tawaran pengajian; dan
- Resit bayaran yuran.
- Selesai.
- Untuk bayaran yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Kesihatan :
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Log Masuk pada i-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
- Muat naik dokumen seperti :
- Laporan perubatan; dan
- Bil rawatan.
- Selesai.
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Umur 50 tahun :
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Kunjungi kaunter KWSP; atau log masuk i-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
- Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
- Sertakan bersama salinan IC.
- Selesai.
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- i-Sayang & i-Lindung :
- Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
- Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.
PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 3 ONLINE
Untuk pengeluaran akaun 3 (Fleksibel) boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut panduan berikut :
- Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/simpanan-juta.
Terima kasih