PENGELUARAN KWSP 2025 STATUS : PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 SECARA ONLINE
PENGELUARAN KWSP 2025 STATUS : Menurut ucapan pada 4 Mac 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa KWSP boleh mempertimbangkan pengeluaran dana simpanan bagi kes-kes tertentu yang kritikal, meskipun di luar syarat dan kaedah sedia ada.
Ini bermakna, bagi ahli yang menghadapi situasi kewangan yang mendesak, terdapat kemungkinan untuk mendapatkan kelulusan pengeluaran khas berdasarkan pertimbangan kes demi kes.
Namun begitu,keputusan untuk membenarkan pengeluaran dana simpanan kwsp masih dipertimbangkan lagi dan tiada lagi keputusan rasmi yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang dari kwsp.
BACA JUGA DI SINI : STR SEMAKAN FASA 2 2025 : SEMAK STATUS SEMASA LAYAK ATAU TIDAK
PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP 2025
Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu cara ahli untuk mengakses simpanan mereka.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara pengeluaran Akaun 1 & Akaun 2, serta jenis yang dibenarkan untuk keluarkan duit epf.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran simpanan mereka berdasarkan keperluan tertentu. Akaun KWSP terbahagi kepada:
- Akaun 1: Simpanan untuk hari tua.
- Akaun 2 (Akaun Sejahtera): Simpanan untuk keperluan seperti pendidikan dan perumahan.
- Akaun 3 (Akaun Fleksibel): Simpanan tambahan bagi ahli yang layak.
PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 1
Untuk membuat pengeluaran duit kwsp Akaun 1 online untuk peribadi, anda boleh ikut langkah berikut:
- Log masuk ke i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/.
- Pilih “Akaun 1” dan isi borang permohonan kwsp online.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad.
- Hantar permohonan pengeluaran akaun persaraan secara online
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 2
- Log masuk ke portal i-Akaun KWSP.
- Pergi ke menu Pengeluaran.
- Pilih jenis pengeluaran yang ingin dibuat.
- Isi maklumat & muat naik dokumen sokongan.
- Hantar permohonan dan tunggu kelulusan.
Duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam 5-7 hari bekerja (bergantung pada jenis pengeluaran).
JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 2025
Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan untuk tujuan berikut:
Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua.
- Boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan.
Cara mohon:
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu Pengeluaran > Perumahan.
- Ikut arahan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
Pengeluaran Untuk Pendidikan
- Bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf.
Cara mohon:
- Log masuk i-Akaun KWSP.
- Pilih menu Pengeluaran > Pendidikan.
- Lengkapkan permohonan dan sertakan dokumen seperti surat tawaran & resit bayaran.
Pengeluaran Untuk Kesihatan
- Untuk membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan.
Cara mohon:
- Log masuk i-Akaun KWSP.
- Pilih Pengeluaran > Kesihatan.
- Muat naik dokumen seperti laporan perubatan & bil rawatan.
Pengeluaran Umur 50 Tahun
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun.
Cara mohon:
- Log masuk i-Akaun KWSP atau pergi ke kaunter KWSP.
- Pilih Pengeluaran > Umur 50 Tahun.
- Lengkapkan borang & sertakan salinan IC.
Pengeluaran i-Sayang & i-Lindung
- i-Sayang: Pindahkan 2% caruman KWSP kepada akaun pasangan.
- i-Lindung: Guna Akaun 2 untuk beli insurans hayat & kesihatan.
Cara mohon:
- Boleh dilakukan melalui i-Akaun KWSP atau di kaunter KWSP.
PENGELUARAN KWSP 2025 AKAUN 3
Pengeluaran ini memerlukan anda mengikut langkah seperti di bawah ini:
- Log masuk ke i-Akaun.
- Pilih kategori “Pengeluaran Fleksibel” di portal.
- Isi borang dengan maklumat lengkap dan muat naik dokumen sokongan.
- Sahkan permohonan dan tunggu kelulusan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan mengenai pengeluaran KWSP, anda boleh menghubungi KWSP melalui saluran berikut:
Laman Web Rasmi KWSP
www.kwsp.gov.my
Pusat Khidmat Pelanggan KWSP
03-8922 6000
Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang
Kunjungi Pejabat KWSP Terdekat
Cawangan KWSP di seluruh Malaysia.
Semak lokasi cawangan di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
Media Sosial KWSP
- Facebook: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
- Twitter/X: https://twitter.com/kwspmalaysia
- Instagram: https://www.instagram.com/kwspmalaysia/
Jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut, anda boleh menghubungi talian KWSP atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk mendapatkan nasihat secara terus.