CARA BUAT E-KYC AKAUN 3 KWSP 2024 : MOHON SEKARANG

CARA BUAT E-KYC AKAUN 3 KWSP 2024 : MOHON SEKARANG

Sekali sehari hanya dibenarkan had maksimum pengeluaran akaun 3 KWSP adalah sebanyak RM250 sahaja. Namun, sekiranya ahli ingin membuat pengeluaran melebihi had maksimum perlu melalui proses e-KYC secara dalam talian.

Bagaimanakah cara buat e-kyc akaun 3 kwsp? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH LOGIN : MOHON DAN SEMAK SEKARANG

APA ITU e-KYC AKAUN 3 KWSP 2024

e-KYC adalah singkatan dari ‘electronic Know Your Customer’ atau pengesahan identiti secara elektronik yang merupakan satu proses untuk membuat pengesahan identiti melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Proses e-KYC ini membolehkan institusi kewangan dan syarikat memastikan pematuhan terhadap peraturan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan mengelakkan risiko penipuan.

Selain itu, e-KYC juga memberi kemudahan kepada pelanggan dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan meminimumkan keperluan untuk mengunjungi pejabat fizikal untuk pengesahan identiti.

SIAPAKAH YANG PERLU BUAT e-KYC AKAUN 3 KWSP 2024

Terdapat empat (4) jenis ahli yang perlu membuat e-KYC akaun 3 KWSP iaitu :

  1. Ahli yang belum ada rekod pengeluaran;
  2. Ahli yang baru pertama kali memohon pengeluaran;
  3. Ahli yang memohon pengeluaran akaun 3 (akaun fleksibel) melebihi RM250; atau
  4. Ahli yang membuat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang ada dalam rekod data KWSP.

*Nota : Di dalam i-Akaun KWSP, ahli akan diminta untuk memuat naik gambar kad pengenalan. Sekiranya tidak berjaya, ahli perlu menghadirkan diri ke pejabat KWSP untuk melakukan pengesahan menggunakan cap jari.

CARA BUAT e-KYC AKAUN 3 KWSP 2024

Sekiranya ingin membuat pengeluaran melebihi RM250, sila ikuti cara buat e-KYC akaun 3 KWSP seperti berikut :

  1. Sila Log Masuk ke i-Akaun KWSP dan pergi ke bahagian [Pengeluaran].
  2. Kemudian, pilih [Keluarkan Simpanan Anda].
  3. Klik pada jenis pengeluaran [Akaun Fleksibel].
  4. Tetapkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
  5. Masukkan maklumat akaun bank anda.
  6. Klik [/] untuk sahkan butiran pengeluaran anda.
  7. Seterusnya, buat [Perakuan Pengeluaran]
  8. Kemudian, pilih [Kaedah 1] untuk membuat proses e-KYC.
  9. Sila ambil dan [Muat Naik] gambar Kad Pengenalan / MyKad dengan jelas.
  10. Ambil dan [Muat Naik] gambar swafoto atau selfie yang sepadan dengan MyKad anda.
  11. Kemudian, sila klik butang [Hantar] dan tunggu pengesahan dari KWSP.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment