PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

Manfaat daripada bantuan yang bernilai RM300 sebulan dikreditkan menerusi aplikasi e-Wallet dijangka akan memanfaatkan seramai 30,000 buah keluarga sepanjang tahun ini. Melalui aplikasi e-Wallet, penerima dapat menggunakan bantuan ini dengan mudah dan selamat.

Bagaimanakah permohonan bantuan ewallet 300 sebulan? Ikuti perangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN

Bantuan yang disalurkan melalui aplikasi e-Wallet yang bernilai RM300 sebulan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diberi nama Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS. Bantuan ini bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah menghadapi isu kos sara hidup.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN

Pemberian bantuan RM300 sebulan melalui e-Wallet adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

KELEBIHAN BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024

Berikut merupakan kelebihan daripada bantuan ini untuk penerima yang layak :

  • Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 300 SEBULAN 2024

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan melalui laman rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Permohonan Bantuan
e-Wallet
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila layari pautan laman rasmi permohonan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
  3. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  4. Jika anda mempunyai akaun ‘Selangkah’, masukkan nombor telefon dan kata laluan.
  5. Kemudian, tekan [Log Masuk].
  6. Jika tiada akaun, sila tekan pautan [Daftar Sekarang] dan daftar untuk teruskan.
  7. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  8. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  9. Klik [Sahkan OTP].
  10. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  11. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  12. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  13. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  14. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  15. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  16. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  17. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  18. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  19. Tekan butang [Hantar].
  20. ‘Pendaftaran BINGKAS anda berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  21. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment