PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025 : MOHON SEKARANG
Pihak Kerajaan Madani telahpun bersetuju untuk melanjutkan inisiatif pengkreditan Bantuan MyKAD yang bernilai RM1,200 pada tahun 2025 sekaligus akan meluaskan lagi pemberian Bantuan MyKAD supaya lebih ramai rakyat yang dapat menikmati manfaat bantuan ini.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan mykad madani rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU : CHECK SEKARANG
SISTEM AGIHAN BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025
Bantuan MyKAD Madani yang bernilai RM1,200 akan diagihkan kepada penerima yang layak melalui sistem agihan berikut :
- Permohonan dan pendaftaran dilakukan oleh pemohon;
- Disemak dan diluluskan oleh Kerajaan;
- Akaun MyKAD akan diaktifkan dengan 6 digit nombor PIN;
- Bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKAD secara ansur RM100 setiap bulan selama 12 bulan;
- Penerima boleh menggunakan bantuan dalam MyKAD untuk pembelian barang keperluan asas di kedai atau pasaraya yang berhampiran;
- Baki yang tidak dihabiskan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama amaun bulan tersebut.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2024
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut sahaja akan layak untuk menerima Bantuan MyKAD yang bernilai RM1,200 pada tahun 2024, antara syarat kelayakan adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori : Isi Rumah / Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan;
- Pendapatan di bawah garis PGK semasa; serta
- Tersenarai sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025
Berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan, penerima Bantuan MyKAD Madani adalah pemohon yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, pemohon perlu membuat permohonan STR seperti berikut :
- Sila layari pautan portal rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya permohonan telah dilakukan, pemohon perlu mendaftar sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar di bawah rekod data e-Kasih.
PENDAFTARAN eKASIH BANTUAN MYKAD MADANI RM1200 2025
Ikuti cara pendaftaran e-Kasih untuk menerima Bantuan MyKAD yang bernilai RM1,200 di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon).
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
TALIAN PENDAFTARAN PPN EKASIH
Pemohon boleh menghubungi talian PPN (mengikut negeri masing-maisng) untuk pendaftaran seperti di bawah :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.
bolehkah saya isi borang secara online untuk ekasih,bagaimana caranya boleh tolong jlaskan ,saya cuba cari tak jumpa2 borang online